Monday, 17 December 2012

Posted by Pinka Pinky at 00:24
Surat Untuk Daniel.

30 Oktober 2012.

"Ma, jangan nangis.." sambil memegang erat jari-jemari Puan Ellisa yang lembut dan lembab Eva memandang sayu wajah ibu kesayangannya itu. Wajahnya pucat, tubuhnya kurus.
"Anak mama kuat kan? jangan tinggalkan mama sayang. Eva kan dah nak jadi isteri Daniel." Tangis Puan Ellisa semakin menjadi-jadi dek keadaan anak bongsunya yang semakin tenat. Encik David terpaku luar bilik. Hatinya luluh. Seolah-olah tidak sanggup menghadapi kenyataan.
"Tolong Eva Ma.." dengan sehabis daya antara dengar tak dengar Eva berkata berkata pada Puan Ellisa yang tak sanggup lagi mendengar.
"Katakan pada Daniel.. Eva minta maaf tak dapat tunggu dia." Puan Ellisa bertambah hiba perasaannya tidak dapat tertanggung lagi. Puan Ivy memeluk Puan Ellisa.
"Eva, please tunggu Daniel." Pohon Puan Ellisa.

Tittttttt........ bunyi monitor yang memaparkan detak jantung Eva.
"Eva!!!!... Doktor, tolong lihat anak saya" jerit Puan Ellisa. Doktor dan jururawat yang bertugas berlari mendapatkan Eva yang tidak sedarkan diri lalu menarik langsir. Puan Ellisa tertolak ke belakang. Lututnya terasa lemah lalu terduduk di lantai.
"Maafkan kami puan, kami telah mencuba sebaiknya." kata Doktor tersebut.
"Eva... Kenapa? Kenapa? Tidak!! Tidak!! anak saya dah janji akan hidup!!." 

Puan Ellisa pengsan, Puan Ivy menyambut sahabat baiknya itu. Sedih, sebak. Hanya airmata yang menyampaikan perasaanya. Encik David melangkah masuk, tiada dayanya untuk berkata apa-apa. Lantas berlari mendapatkan Eva yang telah pergi mendahuluinya. Hancurnya hati seorang bapa ditelan.

* * * * * * * * *

14 April 2004.

Di beranda rumah Puan Ellisa dan Encik David ketawa kecil melihat gelagat Eva yang merajuk dan Daniel yang terhinjut-hinjut mengejar dari belakang. Setiba dirumah Eva meluru terus ke bilik.
"What's now Daniel?." Kata Encik David.
"Eva tu uncle, i usik sikit pun nak marah." kata Daniel yang kelelahan.

"Ish, korang berdua ni tak habis-habis nak buat perangai. Tak kuasa auntie and uncle nak campur."
"Ala... Auntie Ellisa, Daniel usik-usik manja jer. tu pun Cik Eva Devine David tu nak marah."
"Ehem!!.." saja Encik David.
"Eh? hehe.. Sorry Boss!" segan Daniel yang terlepas sebut nama anak kesayangan Encik David.

"Dah makan?" Puan Ellisa mempelawa Daniel makan tengahari bersama.
"Takper la auntie Ellisa, mama dah tunggu kat rumah tu." sahut Daniel sambil senyum melirik pada Eva yang menjeling apabila keluar dari bilik lalu menuju ke dapur.
"Dah nak balik dah?" sahut Puan Ellisa lalu bergegas ke dapur.

"Tolong sampaikan pada Mama Daniel ya?." 
"Okey, don't worry auntie. Roger and out uncle!." gembira Daniel sambil berlari keluar dari perkarangan rumah keluarga Encik David. Dihatinya gembira kerana dia tahu isi didalam kotak yang diberikan oleh Puan Ellisa adalah Cheese Cake kegemarannya.

"Mama, Mama!!. Mama Eva kirim ni." teriak Daniel sambil menadah kotak kiriman Puan Ellisa pada ibunya yang duduk di anak tangga rumah.
"Dari rumah Eva la tu. Patutlah lambat pulang." sengih Puan Ivy.
"Ala Ma... Biasalah. Hantar Girlfriend Daniel." riang Daniel membalas.
"Eva tu suka ker kat Daniel?." ejek Puan Ivy. 
"Do not worry mom. she's will be your daugther-in-law." Daniel serius.
"Perasan lah lu. Belajar dulu rajin-rajin. Baru Encik David tu nak terima." Puan Ivy mengangkat kotak yang dibawa oleh Daniel ke dapur. Daniel mengekori jejak Puan Ivy.
"Lauk apa hari ni Ma? Daniel tersengih melihat ibunya.
"Hari ni Mama tak masak. Papa call tadi kata nak bawa kita makan kat luar jer."
"Papa mana Ma?." kata Daniel yang tak sabar menunggu Puan Ivy membuka kotak yang dibawanya.
"On the way. Singgah kat kindergarten ambil Irene."
"Sayang juga Papa kat kita kan Ma?." Bangga Daniel.
"Mestilah. Daniel pun mesti macam tu bila dah kahwin nanti." Puan Ivy mengejek.
"Hehe..." Daniel tersengih malu.

bersambung.... 
*Penat jari menaip. tunggu esok2 la aku sambung cerita nee. Love korang yang sdh baca. Sarah Matto. 4.23 pm. 17 December 2012.

0 comments:

Post a Comment

 

Dari hati seorang S.A.R.A.H Template by Ipietoon Blogger Template | Gift Idea